
PENDAHULUAN
Ketahuilah bahawa
manusia ini bukanlah dijadikan untuk gurau-senda atau "sia-sia"
saja. Tetapi adalah dijadikan dengan 'Ajaib sekali dan untuk tujuan yang
besar dan mulia. Meskipun manusia itu bukan Qadim (kekal dari azali
lagi), namun ia hidup selama-lamanya. Meskipun tubuhnya kecil dan
berasal dari bumi, namun Ruh atau Nyawa adalah tinggi dan berasal dari
sesuatu yang bersifat Ketuhanan. Apabila hawa nafsunya dibersihkan
sebersih-bersihnya, maka ia akan mencapai taraf yang paling tinggi.
Ia tidak lagi menjadi hamba kepada hawa nafsu yang rendah. Ia akan
mempunyai sifat-sifat seperti Malaikat.
Dalam peringkat yang tinggi itu,
didapatinya SyurgaNya adalah dalam bertafakur mengenang Alloh Yang Maha Indah
dan Kekal Abadi.
Tidaklah
lagi ia tunduk kepada kehendak-kehendak kebendaan dan kenafsuan
semata-mata. Al-Kimiya' Keruhanian yang membuat pertukaran ini.
Seorang manusia itu adalah ibarat Kimia yang menukarkan logam biasa (Base
Metal) menjadi emas. Kimia ini bukan senang hendak dicari. Ia bukan
ada dalam sebarang rumah orang.
Kimia ini ialah ringkasnya berpaling
dari dunia dan menghadap kepada Alloh Subhanahuwa Taala.
Bahan-bahan Kimia ini adalah empat :
1.
Mengenal Diri
2. Mengenal Alloh
3. Mengenal Dunia ini Sebenarnya. (Hakikat Dunia)
4. Mengenal Akhirat sebenarnya (Hakikat Akhirat)
2. Mengenal Alloh
3. Mengenal Dunia ini Sebenarnya. (Hakikat Dunia)
4. Mengenal Akhirat sebenarnya (Hakikat Akhirat)
Tambah
lagi satu bahan-bahan kimianya yaitu Mencintai Alloh sebagaimana yang terdapat
dalam bab-bab.
Kita akan teruskan perbincangan kita
berkenaan bahan-bahan ini satu-persatu...Insya Alloh.
Untuk
menerangkan Al-Kimiya' itu dan cara-cara operasinya, maka pengarang (Imam
Ghazali) coba menulis Kitab ini dan diberi judul "Al-Kimiya'
As-Saadah" yakni Kimia Kebahagiaan. Bahwa perbendaharaan Tuhan
dimana Kimia ini boleh didapati ialah Hati Para Ambiya' dan pewaris-pewarisNya
dari kalangan ulama-ulama Sufi kalangan Aulia Alloh. Barang siapa yang
mencarinya selain itu adalah sia-sia dan akan Muflis (bangkrut) di Hari
Pengadilan kelak apabila ia mendengar suara yang mengatakan :
"Kami
telah angkat tirai dari kamu, dan pandangan kamu hari ini sangat
tajam dan nyata". (Qaaf:22)
Alloh
Subhanahuwa Taala telah turunkan ke bumi ini 124,000 orang Ambiya untuk
mengajar manusia tentang bahan-bahan Al-Kimiya ini. Bagaimana hendak
menyucikan hati mereka dari sifat-sifat rendah dan keji itu. Ikuti
perkembangan perbincangan Imam Ghazali ini dari satu tingkat ke satu tingkat
yang membuka jalan-jalan orang-orang Sufi yang mencapai Maqam Mahabbah, puncak
tertinggi kebahagiaan yang ingin dimiliki oleh orang-orang yang Mengenal Alloh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar